1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
KeteranganHadis
diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada
Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan
zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman
yang sedang kita h`dapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu
selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan
oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama:
Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan
mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kedua:
Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin
walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama
mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah
kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai
sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Ertinya:Daripada
Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau
berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya
dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka
(binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir
menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan
Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari
yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti
bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah
kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang
shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu
banyak".
H.R. Bukhari Muslimi
KeteranganHadis
di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah
terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan
akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada
orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan
dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan
mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh
itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan
dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak
terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang
melakukan kemungkaran dan
kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn
hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab
tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini.
Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw.
sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa
permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab
dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam
masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak
bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain
daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian
Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu
batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan
pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu
mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka
pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua
bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa
hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Ertinya:Daripada
Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa
di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu
bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan
mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami
sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu
banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan
mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah
akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
KeteranganMemang
benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada
hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah
saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu
1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan
menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas,
diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari
seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan
dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya,
segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum
muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan
penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar
dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua
penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak,
rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt.
Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan
tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada
perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan
agarna Allah swt.
Kitaa
berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan
memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim
KeteranganSekarang
ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan
kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang
berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka
patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti
permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah
tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan.
Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di
permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah
segala sesuatu yang bernilai.
Di
ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan
hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana
bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya
pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan
sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai.
Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan
keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah
realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan
hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.